Galeri Warisan Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Ade_Putra

Sudut WarisanSudut WarisanSudut Warisan

Galeri ini terletak di pusat sumber sekolah. Lokasi ini memudahkan para pelajar untuk mengunjunginya setiap kali mereka masuk ke pusat sumber.

Antara warisan tradisional yang terdapat dalam sudut galeri warisan SMK Ade Putra ialah:

ALATAN TRADISIONALVIDEOGAMBAR
TENUNAN KAIN PUA
  • Tenunan kain pua atau dikenali juga sebagai tenunan ikat ialah seni tenunan yang dihasilkan oleh wanita Iban di Sarawak.
  • Ia ialah hasil tenunan daripada benang kapas yang ditenun menggunakan ‘Kek Iban’.
  • Pua Kumbu pula merupakan salah satu jenis kain pua yang popular dalam kalangan masyarakat Sarawak.
  • Rekacorak ini dipercayai dari pengaruh kebudayaan Annam (Vietnam) dalam abad ke-17
  • Selain daripada kegunaan di upacara adat istiadat dan keagamaan, tenunan pua juga boleh dijadikan pelbagai jenis pakaian tradisi.
  • Jalinan hasil tenunan dan kegemilangan kombinasi warna dan corak tenunan yang mempersonakan, memaparkan keindahan serta nilai estetika dan mistik tenunan pua yang masih terpelihara hingga ke hari ini.
  • Rekacorak yang biasanya digunakan ialah anak kunci, lengkar, rombus atau batu berlian dan panjang kain pua ini lebih kurang 40 hingga 50 cm.
  • Reka corak ini dipercayai dari pengaruh kebudayaan (Vietnam) dalam abad ke-17 sebelum Masihi.
Video
BATU KISAR
  • Batu kisar diperbuat daripada batu granit dan terdiri daripada dua komponen iaitu ibu dan anak.
  • Bahagian anak mempunyai lubang untuk mengisi bahan kisar dan kayu pemegang untuk mengisar.
  • Bahagian ibu pula mempunyai alur dan muncung untuk mengalirkan cecair kisaran.
  • Batu kisar biasanya digunakan untuk mengisar bahan-bahan seperti beras, pulut, kacang hijau dan sebagainya bagi menghasilkan cecair tepung untuk membuat kuih-muih.
  • Ia juga digunakan dalam bidang perubatan bagi mengisar ramuan untuk ubat-ubatan tradisional.
  • Menggunakan tenaga manusia untuk memusingkan batu boh tersebut.
  • Batu kisar dipusing pada pemegangnya pada arah lawan jam.
  • Beras pulut yang sudah hancur menjadi tepung akan keluar dari celah-celah batu boh (yang bulat) dan masuk ke dalam alur terus ke hujung alur dan masuk ke dalam mangkuk yang diletak di bawahnya.
Video
LESUNG BATU
  • Lesung batu diperbuat daripada batu tunggal (monolith).
  • Ia mempunyai anak batu yang digunakan sebagai penumbuk dan bekas penumbuk yang lompang dipanggil ibu
  • Ia digunakan untuk menumbuk bahan dalam kuantiti yang sedikit seperti cili, rempah, kacang dan kerisik untuk kegunaan harian..
Video
TEMPAYAN
  • Tempayan merujuk kepada sejenis bekas yang diperbuat daripada tembikar.
  • Bekas ini bermulut luas dan terdapat dalam pelbagai saiz, kadangkala dengan pelbagai ukiran tetapi biasanya tanpa ukiran.
  • Selain itu, terdapat juga tempayan yang mempunyai ukiran timbul pada bahagian sisinya.
  • Tempayan ini berasal dari negeri China, dan digunakan bagi menyimpan barangan, makanan, air dan sebagainya.
  • Apabila barangan yang di dalamnya habis dijual, bekas ini turut dijual.
  • Tempayan mempunyai pelbagai kegunaan, antaranya penggunaan untuk membuat ikan pekasam, menyimpan air basuh kaki, memeram air tapai, dan malah digunakan bagi menyimpan mayat di kalangan orang pribumi Borneo
Video
BATU GILING
  • Batu giling diperbuat daripada batu dan terdiri daripada yang dipanggil ibu dan anak.
  • Ibu adalah bahagian dasar batu giling yang digunakan untuk meletakkan bahan-bahan untuk digiling.
  • Anak pula ialah anak batu yang digunakan untuk menggiling bahan gilingan di atas ibu.
  • Cara menggiling adalah anak digerakkan dengan memegang bahagian kiri dan kanannya secara sorong tarik.
  • Tujuannya agar bahan gilingan dapat digiling dengan serata.
  • Batu giling biasanya digunakan untuk menggiling cili, rempah, kelapa, kacang dan bahan-bahan lain.
  • Selalunya menggiling cili tangan akan berasa pijar
Video
CONGKAK
  • Congkak ialah sejenis permainan dalaman yang menggunakan kayu bujur berlubang atau lubang di tanah dan buah-buahnya daripada biji saga, guli, batu kecil dan lain-lain.
  • Ia dipercayai berasal dari dunia Afrika atau Arab.
  • Objektif permainan congkak biasanya ialah mengutip jumlah buah paling banyak.
Video

Berkaitan